Feeds:
Posts
Comments

Alhamdulillah, pada 17 Oktober (Sabtu) 2009 perjumpaan Alumni RS yang pertama telah berjaya diadakan di RS Selangor. Majlis dihadiri seramai sebelas orang bekas pelatih. Melihat kepada kesungguhan sekretariat Alumni berusaha menjayakan program terutamanya kesungguhan mereka mengumpulkan seramai mungkin rakan-rakan ‘selatihan’, hati kami merasa seolah-olah melihat bunga kembali berputik dan mula berkembang. Walaupun bilangan yang hadir agak kecil tetapi cukup memberi kepuasan kepada kami untuk terus membimbing remaja bermasalah dan mengislahkan masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

Kehadiran alumni RS disambut dengan salam ukhuwwah dari adik-adik pelatih. Pelukan erat oleh para alumni menjadi pengubat rindu terhadap suasana ukhuwwah yang penuh dengan sakinah ketika dalam proses bimbingan. Linangan air mata kesyukuran tidak dapat ditahan-tahan lagi dan kali ini, air mata menjadi penguat semangat untuk adik-adik pelatih agar terus sabar dibimbing oleh para sukarelawan di RS.

Majlis bermula pada pukul 10 pagi. Ada dikalangan alumni yang hadir telah bekerja dan ada juga yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan tidak kurang juga yang telah mendirikan rumahtangga. Allahuakhbar!!! “Dah jadi manusia anak-anak ini:-) . Masih terbayang lagi cabaran membimbing mereka selama tempoh tiga belas bulan di RS.

Lazimnya, wajah pelatih RS pada hari pertama diterima masuk mengikuti bimbingan dan latihan di RS sangat berbeza dengan wajah mereka pada bulan ketiga bimbingan. Wajah mereka akan kelihatan lebih terang dan tenang. Cara pertuturan mereka juga berubah dan akhlak mereka kelihatan lebih baik serta penampilan lebih bersopan santun. Melihat perubahan ini menyebabkan terdapat ibubapa yang merasakan anak mereka sudah pulih dan ingin membawa anak mereka pulang terus ke pangkuan keluarga tanpa memenuhi tempoh tiga belas bulan bimbingan. Namun, pihak RS dengan penuh hikmah akan menjelaskan kepada ibubapa dan keluarga supaya memberi peluang sepenuhnya kepada anak mereka menjalani sesi bimbingan dan latihan di RS seperti yang telah dipersetuji semasa kemasukan awal pelatih di RS.

Selepas Ummi Rose dan Cikgu Siti memberi ucapan sepatah dua kata, majlis disambung dengan sesi ta’aruf. Kakak-kakak lepasan RS begitu teruja berkenal-kenalan dengan pelatih baru yang majoritinya tidak pernah mereka temui. Begitulah juga sebaliknya. Sesi ta’aruf dibuat dalam bentuk permainan yang sangat menarik dan ianya menjadikan majlis lebih ceria.

Cikgu Siti Aini

ABJZ di sekitar PJ

Salam,

Alhamdulillah. Program ABJZ di SMK Petaling telah selesai dijalankan pada 21/10/2009. Paling tersentuh semasa kaunselor memberi ucapan penutup. Suaranya agak tersekat-sekat kerana  menahan sebak apabila  merasakan program ABJZ adalah program yg terbaik pernah dijalankan olehnya. Hem… sebak dihatinya bertambah lagi melihat data hasil dapatan kaji selidik pada awal program. Tak sangka 7% pelajarnya (Ting3) telah melakukan zina. Beliau begitu mengharap soal selidik tidak dijawab dengan jujur oleh pelajarnya.

Pihak RS telah lama sedar akan  hakikat teruknya masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita. Melalui kaji selidik, didapati tidak kira sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh malahan IPT, pasti ada yang terlibat dengan zina. Paling teruk lagi, institusi yang melahirkan bakal guru juga tidak terkecuali dengan masalah ini.

InsyaAllah, RS dalam usaha mengemaskan lagi kaji selidik agar dapatan hasil kajian adalah tepat dan menggambarkan situasi sebenar masyarakat.

Cikgu Siti

Tema Program: Anda Bijak Jauhi Zina

Anjuran:Pengajian Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga (ERT), UPSI.

Tarikh / Tempat: 28 Ogos 2009, Dewan Kuliah A, UPSI

Objektif :
1. Membentuk mahasiswi menjadi insan yang berakhlak mulia, mampu berfikir secara rasional dan mempunyai matlamat hidup yang jelas.
2. Menerap nilai-nilai murni dan adab ketimuran dalam pembentukan akhlak mahasiswi.
3. Melahirkan bakal pendidik yang menjadi contoh kepada anak bangsa.
4. Memupuk sikap sayangkan diri sendiri melalui gaya hidup sihat.

Tempoh 10.00 pagi – 1.35 petang

Sasaran Pelajar Semester I, ERT

Kehadiran 94 orang

Cara Pelaksanaan / Modus Operandi Ceramah :
(1) “Mind Setting” – Rosmawati Zainal
(2) Remaja & Cinta – Rosmawati Zainal
(3) Penciptaan Manusia, Seks & Akibat – Yusnani Abdul Hamid
(4) Kalau tak ‘couple’ Macamana nak kawin ?– Siti Aini Jamil

Pembantu : Nurbaidura

Keputusan / Penilaian – ‘Feed back’ yang positif dari peserta-peserta dan penasihat pelajar, Dr Fauziah Hanim Bt Abd Jalal (Pensyarah Kaunseling & Keibubapaan).

- Berjaya memberi pendedahan bahaya seks iaitu pengguguran tidak selamat dan kesan penyakit berjangkit.

- Memberi panduan menjaga batas perhubungan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin.
Ulasan / Impak Seorang pelajar telah pengsan semasa pengguguran bayi bagi kes kehamilan yang tidak dikehendaki sedang disampaikan.

Dokumentasi Sokongan Hasil soal selidik :
68% sedang bercinta, 54%keluar dengan pasangan, 2% megadakan hubungan seks.

Pelapor Siti Aini Amil

 Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, penganjuran program Anda Bijak Jauhi Zina ( ABJZ ) terus dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Jzkk dan tahniah kepada semua pihak yang bersama-sama dengan RS dalam menjayakan program ABJZ.

Sebagai perkongsian, disenaraikan beberapa aktiviti ABJZ yang telah diadakan sepanjang

bulan Ogos 2009.

  1. 05 Ogos 2009 – SMK Cheras Perdana
  2. 07 Ogos 2009 – SAM Sg Merab
  3. 13 – 15 Ogos 2009 – Kursus Pembinaan Diri Bersama Mahasiswa UUM di Nur Bukit Hijau , Kulim , Kedah
  4. 15 Ogos 2009 – UiTM Arau, Perlis
  5. 19 Ogos 2009 – SMK Seksyen 27 Shah Alam
  6. 21 Ogos 2009 – SMK Kiara Mas
  7. 28 Ogos 2009 – Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) , Tanjung Malim

 Nantikan perkongsian seterusnya untuk program ABJZ yang akan datang.

Bagi yang berminat menganjurkan ABJZ di lokaliti masing-masing atau ingin mendapatkan bahan-bahan ABJZ, sila hubungi Puan Munirah Al-Mubarak, Esekutif Pentadbiran RS Pusat di talian, 03-41089669 dan 03-41073379.

 

Salam Ramadhan

“Ahlan Wa Sahlan, Marhaban Ya Ramadan”
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah , amal kita diterima dan doa kita di ijabah.
Sabda Rasulullah SAW:“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan,Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibukakan segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan.Padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan pada malam itu,maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan”.
Dalam hitungan jam telah jelang Ramadhan nan suci, Maaf dipinta setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan saya.
Saya ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan. Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.

Petikan berita KOSMO.

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN – Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan `kerja` seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

”Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

”Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Inilah di antara musibah bila zina berleluasa di dalam masyarakat.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiunn…

Cikgu Siti


Akan dilaksanakan:-

1. 05 Ogos 2009 – SMK Cheras Perdana

2. 07 Ogos 2009 – SAM Sungai Merab

3. 13 – 15 Ogos 2009 – Kursus Pembinaan Diri bersama Mahasiswa UUM

4. 15 Ogos 2009 – ABJZ di UiTM Arau, Perlis

5. 19 Ogos 2009 – SMK Syeksyen 27 Shah Alam

6. 21 Ogos 2009 – SMK Kiara Mas.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.